Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Salam..aiaiai..dh lama x tgk movie ari nie nk share skit pasal Mv korean nie tajuk dia"A Moment To Remember" movie nie dah lama dlm thn 2004 saje nk share 1 of my fav movie korea..citer nie berkaitan kisah seorg pesakit Alzheimer's (Penyakit nie akan hilang kesluruh igatan) x leh nk pulihkan..sedey tgk cite nie..

Overview
A heartbreaking yet hopeful tale of a man who never stops loving his wife, even as she gradually loses her memory to Alzheimer's disease.

The first segment of the film, staged in romantic comedy style, introduces the protagonists, a woman named Su Jin and a man named Chul Soo. The movie highlights their accidental meeting in a convenience store and confusion over a can of soda, followed by their subsequent courting despite the social standings that should have kept them apart.
The second segment follows the couple now settling into married life. Su-Jin learns to be a housewife as her husband cares for her. But as the segment progresses, Su-jin begins to display forgetfulness, including an incident in which a fire breaks out because of a forgotten stove. While Chul Soo caught the fire in time, the seriousness of the incident and others draw them to seek medical help.



citer nie sya dah tgk 2 kali kat cruncyroll..

Petikan lagu dari ZERO-PROMISE..soundtrack dr drama korean BEAUTIFUL DAYS..




ENGLISH TRANSLATION:

Can I be at your side forever ?
I should let you go knowing you are tired
Like before, I should not let you wait anymore
With you by me everyday, you became my world
If you do not believe I'll be able to protect you
Then please look for someone better than me
I wonder how much time is left
Till I have to let you go
Seeing you sleeping in my arms
It hurts me more but I have to let you go
Because I'm not good enough
You are my only love
And you will find someone better than me
Even if you are able to leave me earlier
I hope you would not leave so soon
As I want to see a happier you leaving
I cried on the way back wishing you will remember me
I'm afraid I will give up on life
So I hope I can forget you but I cannot
You have been so sad because you had to leave me
Do you regret ?
Please remember to believe in me
My hurting heart calls out to you
I hope you will be there to hold me when I fall
I love you and hope you will be mine forever
The sad look of your face when you leave
I hope that will become a dream
Promise me to come back to me

~actually i like dis song..n d drama 2.. hurm cant someone give me a promise n be my side forever..n ever...huh~(x jumpe lagi lo....)




ANTARA PERKARA YANG HARUS DIJAGA:

1-Tolong jangan curangi dia, jika dia komited dalam perhubungan.Hari ini sukar hendak mencari lelaki yang benar2 jujur,ikhlas dan komited apabila bercinta.Jika anda mendapat satu, usah permainkan dia sebab mungkin anda tak akan jumpa yg serupa...

2-Jangan ada rahsia kecuali sesuatu yang memang patut dirahsiakan, misalnya sejarah hitam yang pernah berlaku keatas diri anda, usah diceritakan, nanti dia akan kecewa, marah bahkan tidak mustahil pergi...

3-Terima dia seadanya.Hendak cari lelaki 100 peratus bagus memang tidak akan jumpa.Begitu juga hendak mencari wanita 100 peratus bagus payah nk jumpa.Saling bertolak ansur dan memahami...

4-Jika rasa serasi dengan dia, usah layan lelaki lain lebih-lebih dari dia.Itu menyakitkan hati dan menimbulkan cemburu.Lelaki komited apabila dia rasa seperti bertanding dia sanggup berbuat sesuatu yang tak terjangka...

5-Jangan sangka hati lelaki keras macam batu.Jika anda pandai berperanan, hatinya boleh cair sebagaimana cairnya air batu.Oleh itu, gunakan pendekatan yang mempamerkan kejujuran, keikhlasan dan kelembutan, anda akan disayangi setengah mati..

~Harap kenkwn bg komen tentang lelaki nie...anda setuju atau tak..


Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri......

Blog Widget by LinkWithin

Renungan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharapkan teman setampan YUSOF jika kasih tak setulus ZULAIKHA. Tak perlu mengharapkan teman seteguh IBRAHIM andai diri tak sekuat SITI HAJAR dan mengapa dambakan teman hidup bak SITI KHADIJAH kalau diri tak sesempurna RASULULLAH (S.A.W).Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa pada Tuhan agar die akan terus jadi milikmu..

Lagu ku..disini..

Mood nak dgr lagu nie...

Followers

IP
Kamoo d'mane.. =0