Syeikh Misyari Rashid Al-Afasi dilahirkan pada 1976 di Kuwait. Beliau merupakan qari yang terkenal di dunia.Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan.

Beliau merupakan pakar dalam 10 jenis bacaan dan penterjemah al-Quran. Beliau selalu muncul di media dan mempunyai minat yang mendalam dalam ilmu al-Quran.Beliau mempunyai ramai peminat di dunia kerana pembacaan ayat al-Qurannya amat baik, menarik dan menyentuh hati.

Beliau belajar di Universiti Islam Madinah, Kolej al-Quran & Pengajian Islam. Beliau belajar al-Quran melalui Syeikh Ahmad Abdul Aziz Al-Zaiat. Selain itu, beliau juga pernah belajar al-Quran daripada Syeikh Muhammad Sadiq Al-Minshawi, Syeikh Mustafa Ismail dan Syeikh Abdul Basit Abdul Samad.Selain merupakan seorang Qari yang terkenal,

Syeikh Misyari juga adalah seorang penasyid, Subhanallah, banyak lagu-lagunya yang cukup menyentuh hati, saya bukanlah memahami bahasa arab, tetapi mendengarnya dalam keadaan tidak faham pun, kita merasa indah sungguh bahasa Al-Quran ini dinasyidkan.

official website~http://www.alafasy.com/?lang=en






jatuh cinta dgr sore dia....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Renungan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharapkan teman setampan YUSOF jika kasih tak setulus ZULAIKHA. Tak perlu mengharapkan teman seteguh IBRAHIM andai diri tak sekuat SITI HAJAR dan mengapa dambakan teman hidup bak SITI KHADIJAH kalau diri tak sesempurna RASULULLAH (S.A.W).Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa pada Tuhan agar die akan terus jadi milikmu..

Lagu ku..disini..

Mood nak dgr lagu nie...

Followers

IP
Kamoo d'mane.. =0